DISCUSSION BOARD
 Subject: Permohonan Jawatan sebagai Tenaga Pengajar
 
Author: Amrul Azmi bin Mohd Mizan
Date:   1/15/2013 1:12 am GMT+8
Assalaamua'laikum, tuan/puan.

Saya seperti nama di atas berminat untuk memohon jawatan sebagai tenaga pengajar di sekolah tuan/puan. Oleh hal yang demikian, saya berharap pihak tuan/puan memaklumkan saya cara-cara untuk memohon jawatan tersebut.

2. Untuk makluman tuan/puan, saya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam aliran Syaria'h dan Bahasa Arab dari Sekolah Agama Menengah Unwanus Saa'dah, Kampung Kanchong Darat (SAMUSKD), Banting, Selangor.

3. Kerjasama daripada pihak tuan/puan berkenaan perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

AMRUL AZMI BIN MOHD MIZAN
Tangkak, Johor.
Reply To This Message

 Topics Author  Date IP Address      
 Permohonan Jawatan sebagai Tenaga Pengajar    
Amrul Azmi bin Mohd Mizan 1/15/2013 1:12 am GMT+8 206.53.152.166
 Reply To This Message
 Your Name:  
 Your Email:  
 Subject:  
  Submission Validation Question: What is 21 + 97? *  
* indicates required field